Pengalaman Membaca Yasin 7 Mubin

yasin 7 mubin

Hari ini aku ingin menceritakan pengalaman pertama aku menggunakan bacaan Yasin 7 Mubin. Cerita ini adalah kisah beberapa bulan yang lalu di mana aku dah family pulang dari kampung.

Dalam perjalanan pulang, aku sudah dapat melihat kelainan pada anak pertama aku. sepanjang perjalanan dia asyik nak merengek jer.. aku malas nak fikir yang bukan-bukan tetapi hati dah rasa tak sedap. Setibanya kami di rumah, seperti biasa aku akan membacakan ayat qursi dan memberi salam sebelum memasuki rumah. maklumlah sudah 4 hari kami meninggalkan rumah kerana balik kampung.

Dipendekkan cerita, waktu malam anak aku mula merengek menagis seolah-olah takut sesuatu. Dia tidak dapat tidur, aku ulik-ulik agar anakku tidur balik.. malangnya anakku tidur sekejap sahaja. sudahnya aku pergi mengambil wuduk, aku buat solat hajat 2 rakaat dengan niat Allah melindungi anakku dan menghapuskan jin yang mengganggu anakku. Selesai solat, aku berzikir, kemudian mencapai quran dan mula membaca surah yasin. Bukan bacaan biasa tetapi bacaan dengan kaedah dipanggil bacaan Yasin 7 Mubin.

Kaedah membaca Yasin 7 Mubin ini bermaksud kita membaca yasin sehingga bertemu ayat mubin pertama, kita harus ulang balik mula dari Yassin, kemudian terus membacanya dan apabila bertemu mubin pertama, teruskan sehingga bertemu mubin ke 2, kena mula balik baca dari Yasin. Begitu la seterusnya sehingga sampai mubin yang ke 7.

Malam pertama aku buat bacaan Yasin 7 mubin, alhamdulillah anak aku ok sikit tapi masih mengangis juga la. dan waktu aku nak lelapkan mata, aku mula diberi gambaran wajah bermacam-macam..tapi kelihatan samar-samar.

Pada malam yang kedua aku membaca yasin, anaku masih lagi menangis ketika dalam tidurnya... nak dipendekkan cerita, malam ke 4 aku melakukan yasin 7 mubin, sedang aku mebacanya, kedengaran bunyi ketukan pintu bilikku. aku memandang seketika ke arah isteriku dan anak-anakku. Kelihatan isteriku tiba-tiba terjaga dari tidurnya. agaknya terdengar ketukan pintu yang agak kuat. Kami berpandangan antara satu sama lain tanpa berkata apa-apa. Aku tidak menghiraukan ketukan itu, aku terus membacanya sehingga selesai. Alhamdulillah.. tidak ada apa-apa yang berlaku setelah selesai bacaan yasin. Alhamdulillah.

Pada malam yang ke 5 pula, ketika membaca yasin, sekali lagi aku diuji bunyi ketukan pintu bilik. sama seperti semalam, aku buat tak tahu jer.. bukan aku takut untuk membuka pintu, tetapi aku tahu saka itu sudah panas...sudah teruggat akibat solat hajat dan yasin 7 mubin yang aku lakukan. kerana itu la aku tidak mengendahkan ketukkan pintu itu. Selesasi sahaja bacaan yasin, aku terus baring nak lelapkan mata... mataku pejam..tiba-tiba.."Ishh..siapa ni?", hatiku mula berkata demikian sebaik sahaja ternampak susuk wanita tua dengan mata yang sangat merah menyala-nyala memandang ke arahku. Wanita tua dalam lingkungan umur 60an. Aku tidak pernah kenal dan tidak pernah lihat wanita tua itu sebelum ni. 

Pada keesokkan harinya. aku betanyakan isteriku akan gambaran wanita tua yang aku nampak malam tadi. Adakah dia mengenali wanita yang digambarkan kepadaku itu. Terus meremang bulu roma isteriku dan memberitahu bahawa gambaran tu adalah makcik tua di kampungnya yang sudah lama meninggal. Fahamlah aku bahawa yang datang mengganggu anakku itu kemungkinan adalah saka milik perempuan tu. Macam mana pula anak aku boleh diganggu saka wanita tua tu pula? haaa..ada la satu peristiwa semasa di kampung, pewaris wanita tua tu mendokong anak pertamaku itu. Mungkin itulah sebaba saka wanita tua itu mengganggu....

Malam yang ke 6, sepanjang aku membaca yasin, tidak ada sebarang gangguan yang datang. anak aku juga tidak menangis, dan tidur dengan nyenyak. Alhamdulillah syukur... selepas pada malam itu.. sudah tidak ada lagi gangguan seumpama itu..

Sebenarnya syaitan itu takut kepada kita..kita tidak perlu takut kepada mereka.. ingatlah.. mintalah pertolongan dari Allah.. nescaya Allah akan menolong.

Aku akan berkongsi dengan anda kaedah membaca Yasin 7 Mubin. Diharapkan perkongsian ini dapat memberi manfaat kepada anda semua.

---------------------------------------------------------------------------------
Kaedah Membaca Yasin 7 Mubin

Sebelum itu sebaiknya lakukan solat hajat walaupun sekali...
Niat di dalam hati, sebelum melakukan takbiratul ihram...

Niat ialah : Wahai Zat Yang Wujud lagi Maujud..Matikanlah mereka yang menganiaya diri ku dan keluarga (maksudnya bukan mati zahir tapi Allah halang terus perbuatan orang yang aniaya kita tu..)

1) Rakaat Pertama baca Surah Al-ikhlas 11x
2) Rakaat kedua baca Surah Al-Kafirun 11x.

Sesudah salam baca/zikir : 
istigfar - 100x
bismillaah - 100x dan 
surah al-Mulk ayat 14 sebanyak - 33x

Selepas itu terus baca niat kita yang tadi...pastikan sama dengan niat...seperti niat sebelum solat sunat hajat tadi....

Kemudian bacalah Yasin 7 Mubin. 

Sebaik saja selesai bacaan Yasin...terus dibacakan niat yang sama seperti awal tadi...
saya ingatkan sekali lagi. niat hendaklah sama dengan niat sebelum solat hajat tadi...

Selesai  baca yasin,

Tidak dibenarkan berkata2...

Terus tidur.... 
(seeloknya bacaan yasin 7 mubin dibaca waktu malam.. walau bagaimanapun waktu siang tidak mengapa)

Petunjuk akan datang di dalam mimpi..
p/s: Mengikut pengalaman..biasanya satu kali Solat Hajat dan 21x Yasin 7 Mubin.....Case Settle.....Pesan Guru....dalam 40 hari....selepas the last 21x Yasin...atau mengikut petunjuk di dalam mimpi...atau gambaran semasa membaca Yasin 7 Mubin..

Tatacara bacaan yasin 7 mubin

Start Baca yasin..Apabila bertemu sahaja Mubin yang pertama..terus patah balik ulang balik dari permulaan Yaasiiiin..walquranilhakim... hingga bertemu lagi Mubin yang pertama.. teruskan dan apabila bertemu Mubin yang kedua...patah balik ulang balik dari Yasiin...walquranilhakim... hingga bertemu Mubin 1 dan 2 teruskan sehingga sampai Mubin yang ke 3.. terus patah balik ulang balik dari Yasiin..walquranilhakim...

Begitulah seterusnya pada Mubin ke 4..patah balik dari yasin..walquranilhakim...hingga sampai Mubin ke 5..

Sampai Mubin ke 5, patah balik ulang baca dari yasin walquranilhakim...teruskan hingga Mubin ke 6...

Sampai Mubin ke 6, patah balik ulang baca dari yasin walquranilhakim...teruskan hingga Mubin ke 7...

Sampai Mubin ke 7, tak perlu patah balik, teruskan baca sehingga habis surah Yasin..

Jadi, kita akan bertemu 28 kali Mubin.

----------------------------------------------------------------------


Pesanan saya: kalau dengar apa2 atau nampak apa2...buat tak tau jer...jangan berhenti baca ya...sampai la selesai baca. ini kerana bacaan kita tu sudah memberi kesan (In Syaa Allah). Jadi Syaitan ni akan ganggu kita agar kita berhenti membaca. Kalau kita berhenti separuh jalan, maka berjaya la syitan tu.

Perlu ditegaskan, ini adalah satu kaedah zikir, janganlah meletakkan pergantungan kepada ayat, jaga iktikad anda dan berserahlah hanya kepada Allah SWT semata.


xie

Aku HAMBA yang lemah.. dan tidak ada daya upaha melaikan dengan keizinan ALLAH S.W.T, RAJA Sekalian Alam

13 comments:

Alaminrahman Alamin said...

Alhamdulillah, selepas membaca artikel tuan, saya rasa ingin mencuba cara tuan membaca Yassin 7, buat masa ini isteri saya tengah koma, dengan izin Allah saya akan cuba kaedah tuan untuk memulihkan isteri saya dari koma, InsaAllah.

Anonymous said...

Assalamualaikum, kalau saya baca utk buang saka dlm diri org lain boleh ke?

xie said...

Insya Allah tuan...dengan berlaku tu semua dengan izin yang Maha Esa.. kita mohon dengan Dia... sblm baca yaassin ni..buat dulu solat hajat.. mitak ngan Allah agar saka tu dinyah atau dimatikan oleh Allah.. mati ni dalam maksud dah tak ada lagi saka yang mengganggu... nnti ada masa saya akan share panduan baca yassin ni...

Anonymous said...

Saya pernah cuba baca dengan niat mendapatkan khabar dari seseorang yg lama tk dapat khabar....alhamdulilah esoknya dapat khabar

Anonymous said...

Kalau saya baca untuk menghalang majikan dan kawan saya dari berhenti kerja boleh ke?

xie said...

segalanya berlaku dengan keizinan Allah, tuan....tuan boleh memcubanya...

Anonymous said...

Kucing saya yang bawa dari Putrajaya hilang pada pagi raya Jumaat 15 Jun 2018 bila abah buka sliding door, puas cari dan pusing2 taman perumahan, raya kedua masih belum jumpa. Malam saya buat solat hajat dan baca Yasin Mubin 7 ini. Keesokkan harinya kucing saya ada berhampiran rumah parents dah. Syukur Alhamdullilah.

Anonymous said...

Salam saya ada sedikit soalan
1. Boleh kah dilakukan untuk mengelak dari sihir dan gangguan lain pada diri sendiri dn keluarga?
2. Niat yasin 7 mubin ni ada niat khusus ke? Atau boleh guna niat sendiri?
3. Dilakukan 7 hari berturut2 malam ke?
4. Dilakukan bersama suami dan isteri atau boleh bersendirian?
5. Doa setiap kali berhenti pada ayat mubin tu kena doa yang sama ke untuk ayat mubin yg lain?

Terima kasih

Anonymous said...

Assalamualaikum, diri saya telah dianiaya oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, bolehkan saya amalkan ni?

Unknown said...

Assalamualaikum.. Kak saya sdh baca yasin 7 Mubin diawal 7 hari itu saya mimpi, lalu saya tidak sholat hajat langsung baca yasin 7 Mubin.. Atau tetap harus sholat juga ya kak

Ikhmal said...

Salam Tuan, saya mintak Halal ilmu Yasin 7 mubiin cara Tuan

shahmadkasim said...

As Salam Tuan, mohon izin ilmu Yasin 7 mubiin

Anonymous said...

Saya telah mengamalkannya...berkesan.