Pengalaman Membaca Yasin 7 Mubin



Hari ini aku ingin menceritakan pengalaman pertama aku menggunakan bacaan Yasin 7 Mubin. Cerita ini adalah kisah beberapa bulan yang lalu di mana aku dah family pulang dari kampung.

Dalam perjalanan pulang, aku sudah dapat melihat kelainan pada anak ke 2 aku. sepanjang perjalanan dia asyik nak merengek jer.. aku malas nak fikir yang bukan-bukan tetapi hati dah rasa tak sedap. Setibanya kami di rumah,seperti biasa aku akan membacakan ayat qursi dan memberi salam sebelum memasuki rumah. maklum la sudah 4 hari kami meninggalkan rumah itu kerana balik kampung.

Dipendekkan cerita, waktu malam anak keduaku mula merengek menagis seolah-olah takut sesuatu. Dia tidak dapat tidur, ku ulik-ulik agar anakku tidur balik.. malangnya anakku tidur sekejap sahaja. sudahnya aku pergi mengambil wuduk, aku buat solat hajat 2 rakaat dengan niat Allah melindungi anakku dan menghapuskan jin yang mengganggu anakku. Selesai solat, aku buat zikir, kemudian mencapai quranku dan mula membaca yassin.

Oh ya, aku terlupa pula nak bagitahu. yasin 7 Mubin ini bermaksud kita membaca yasin sehingga bertemu ayat mubin pertama, kita harus ulang balik start dari Yassin, kemudian terus membacanya dan apabila bertemu mubin pertama, teruskan sehingga bertemu mubin ke 2, kena start balik baca dari Yasin. Begitu la seterusnya sehingga sampai mubin yang ke 7.

Malam pertama aku buat bacaan Yasin 7 mubin, alhamdulillah anak aku ok sikit tapi masih mengangis juga la. dan waktu aku nak lelapkan mata, aku mula diberi gambaran akan wajah yang datang mengacau anakku.

Pada keesokkan harinya. aku betanyakan gambaran seorang perempuan tua yang aku nampak malam tu. Isteriku memberitahu yang gambaran tu adalah seorang perempuan tua di kampungnya yang sudah lama meninggal. Fahamlah aku bahawa yang datang mengganggu anakku itu adalah saka milik perempuan tu.

Pada malam yang kedua aku membaca yasin, anaku masih lagi menangis ketika dalam tidurnya... nak dipendekkan cerita, malam ke 4 aku melakukan yasin 7 mubin, sedang aku mebacanya, kedengaran bunyi ketukan pintu bilikku. isteriku sudah tidur besama anak2ku. Aku tidak menghiraukan ketukan itu, aku terus membacanya sehingga selesai. Alhamdulillah.. tiada apa yg berlaku setelah selesai aku membaca yassin.

Pada malam yang ke 5 pula, ketika membaca yasin, masih lagi kedengaran bunyi ketukan pintu bilikku secara tiba-tiba. seperti semalam, aku buat tak tahu jer.. bukan aku takut untuk membuka pintu, tetapi aku tahu saka itu sudah panas...sudah teruggat akibat solat hajat dan yasin 7 mubin yang aku lakukan. kerana itu la aku tidak mengendahkan ketukkan pintu itu. Alhamdulillah tiada apa2 yang berlaku selepas itu.

Malam yang ke 6, sepanjang aku membaca yasin, tiada sebarang gangguan yang datang. anak aku juga tidak menangis, dan tidur dengan nyenyak. Alhamdulillah syukur... selepas pada malam itu.. sudah tidak ada lagi gangguan sehingga kini. pengajaran yang diperolehi...sebenarnya syaitan itu takut kepada kita..kita tidak perlu takut kepada mereka.. ingatlah.. mintalah pertolongan dari Allah.. nescaya Allah akan menolong. sekian...



6 comments:

Alaminrahman Alamin said...

Alhamdulillah, selepas membaca artikel tuan, saya rasa ingin mencuba cara tuan membaca Yassin 7, buat masa ini isteri saya tengah koma, dengan izin Allah saya akan cuba kaedah tuan untuk memulihkan isteri saya dari koma, InsaAllah.

Anonymous said...

Assalamualaikum, kalau saya baca utk buang saka dlm diri org lain boleh ke?

xie said...

Insya Allah tuan...dengan berlaku tu semua dengan izin yang Maha Esa.. kita mohon dengan Dia... sblm baca yaassin ni..buat dulu solat hajat.. mitak ngan Allah agar saka tu dinyah atau dimatikan oleh Allah.. mati ni dalam maksud dah tak ada lagi saka yang mengganggu... nnti ada masa saya akan share panduan baca yassin ni...

Anonymous said...

Saya pernah cuba baca dengan niat mendapatkan khabar dari seseorang yg lama tk dapat khabar....alhamdulilah esoknya dapat khabar

xie said...

Alhamdulillah

Anonymous said...

Kalau saya baca untuk menghalang majikan dan kawan saya dari berhenti kerja boleh ke?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...