Tips Murah Rezeki...

tips murah rezeki

Bangun pagi sebelum subuh. Banyakkan berdoa supaya pintu rezeki terbuka. Bagi para isteri galakkan suami berjemaah solat subuh di Surau/Masjid.

Jangan tinggal solat & hindari dosa.

Memperbanyakkan selawat & istighfar. Istighfar adalah rintihan dan pengakuan dosa seorang hamba di depan Allah, yang menjadi sebab Allah jatuh kasih dan kasihan pada hamba-Nya lalu Dia berkenan melapangkan jiwa dan kehidupan si hamba. Sabda Nabi S.A.W : ” Barang siapa memperbanyak istighfar maka Allah S.W.T akan menghapuskan segala kedukaannya, menyelesaikan segala masalahnya dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka.” ~ Riwayat Ahmad, Abu Daud, an-Nasa’i, Ibnu Majah dan al-Hakim dari Abdullah bin Abbas r.a.

Jangan abai ibu bapa. Selalu menjaga kebajikan, berdoa, tanya khabar, berbuat baik, hormat & syg pada mereka. Para para isteri, jgn halang suami berbakti kepada ibu bapanya kerana syurga suami adalah ibu bapanya. Dan syurga isteri dibawah tapak kaki suami. Rasullallah S.A.W bersabda: “Siapa berbakti kepada ibu bapanya maka kebahagiaanlah buatnya dan Allah akan memanjangkan umurnya.” ~ Riwayat Abu Ya’ala, at-Tabrani, al-Asybahani dan al-Hakim.

Menunaikan zakat, berbuat baik & memperbanyakkan bersedekah. Nabi S.A.W bersabda kepada Zubair bin al-Awwam: “Hai Zubair, ketahuilah bahawa kunci rezeki hamba itu ditentang Arasy, yang dikirim oleh Allah azza wajalla kepada setiap hamba sekadar nafkahnya. Maka siapa yang membanyakkan pemberian kepada orang lain, nescaya Allah membanyakkan baginya. Dan siapa yang menyedikitkan, nescaya Allah menyedikitkan baginya.” ~ Riwayat ad-Daruquthni dari Anas r.a.

Selalu ingat pada Allah. Banyak ingat Allah buatkan hati tenang dan kehidupan terasa lapang. Firman-Nya: ” iaitu orang-orang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah. Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenteram.” ~ Ar-Ra’d: 28

Amalkan solat malam ~ tahajud & solat Dhuha.

Berdoa, bersyukur & bertawakal. Dengan tawakal, seseorang itu akan direzekikan rasa kaya dengan Allah. Firman-Nya: ” Barang siapa bertawakal kepada Allah, nescaya Allah mencukupkan (keperluannya).” ~ At-Thalaq: 3

xie

Aku HAMBA yang lemah.. dan tidak ada daya upaha melaikan dengan keizinan ALLAH S.W.T, RAJA Sekalian Alam

No comments: