Awan Mengikut Orang Yang Bertaubat

awan ikut orang bertaubat

Di riwayatkan bahawa seorang tukang jagal terpesona kepada sorang anak jirannya. Ketika gadis itu menjalani tugas urusan keluarga di desa lain, si tukang jagal lalu mengikutinya dari belakang sampai akhirnya berhasil menemukannya. Si tukang jagal lalu memanggil gadis itu dengan mengajaknya menikmati kesempatan untuk bermesra. Tetapi gadis itu menjawab, "Jangan lakukan. Mesikpun aku sangat mencintaimu, aku sangat takut kepada Allah.

Mendengar jawapan itu, si tukang jagal merasa dunia berputar. Kerana menyesal dan sedar dan hatinya gementar ketakutan, tenggoroknya kering dan semakin berdebar, dia lalu berkata. "Kau takut kepada Allah sedangkan aku tidak."

Dia pulang sambil bertaubat. Di jalan ia diserang kehausan dan nyaris mati, ia kemudian bertemu seorang soleh. Mereka melihat gumpalan awam berjalan menaungi mereka berdua sampai mereka masuk ke sebuah desa. Mereka berdua yakin bahawa awan itu untuk orang yang soleh. Kemudian mereka berpisah di desa tersebut. Awan itu ternyata condong dan terus menaungi si tukang jagal itu sampai dia tiba di rumahnya. Orang soleh tadi hairan melihat kenyataan ini. Dia, lalu mengikuti tukang jagal tadi lastas bertanya kepadanya dan dijawabnya juga ditempat itu. Maka lelaki soleh itu berkata, "Janganlah hairan terhadap apa yang kau lihat, kerana orang yang bertaubat kepada Allah itu berada di suatu tempat yang tak seorangpun akan berada di situ."

xie

Aku HAMBA yang lemah.. dan tidak ada daya upaha melaikan dengan keizinan ALLAH S.W.T, RAJA Sekalian Alam

1 comment: